Tuesday, February 16, 2010

Dakwah bukan untuk orang manja

Orang-orang yang rentan jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikannya dengan berbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak ikut. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu persatu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan. Penyakit wahan telah menyerang mental mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan pahit sebagai risiko dan sunnah dakwah ini. Malah mereka menggugatnya lantaran anggapan mereka bahwa perjuangan dakwah tidaklah harus mengalami kesulitan.


[45]
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
[46]
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”.
(At-Taubah 9:45-46)

Kesetiaan merupakan tanda sikap militan kader dakwah. Sikap ini membuat mereka stand by menjalankan tugas yang terpikul di pundaknya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai prajurit terdepan dengan segala akibat yang akan dihadapinya ia senantiasa berada pada posnya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau bila ditempatkan pada bagian belakang maka ia pun akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah. Sebagaimana yang disebutkan Rasulullah SAW. dalam beberapa riwayat tentang tentera yang baik.

‘Dakwah ini tidak dapat dipikul oleh orang yang manja.’


Sumber

Thursday, February 11, 2010

Jangan


Jangan... ... ...

Jangan bercakap ingin menyatukan ummat islam, jika diri masih malas solat berjemaah di masjid. Jangan bercakap ingin membangunkan ummah, jika diri masih liat nak bangun subuh. Jangan bercakap bercakap ingin mengeluarkan ummah dari kegelapan, andai diri masih dibelenggu karat-karat jahiliyyah.


Jangan bercakap bercakap ingin melahirkan generasi al-quran, andai mulut masih berat membacakannya, dan andai masih belum ada al-quran di dada. Jangan bercakap soal dakwah dan tarbiyyah, jika malas mendengar ceramah dan membaca buku-buku tarbiyyah. Jangan mimpi nak bawa usrah, jika masih malas bangun qiamullail. Jangan bersembang soal generasi robbani, jika mutabaah amal tidak dijaga.


Jangan bercakap bercakap ingin mentarbiyyah orang lain, jika usrah sendiri pun masih ponteng lagi. Jangan bercakap bercakap ingin memberikan pencerahan ilmu kepada ummah dan anak buah, andai diri masih lompong dalam program-program tarbiyyah sendiri. Jangan mengharapkan ketaatan mutarobbi, andai kita masih pandang tak pandang murobbi kita.


Jangan mengharapkan melahirkan anak-anak dan mad'u-mad'u yang beriman, seandainya diri sendiri masih jauh daripadaNya.


Jangan mengharapkan anak usrah nak serius bekerja, kalau kita sendiri tidak begitu.

Thursday, February 4, 2010

Salah Faham dalam Pembawakan Dakwah

Dakwah dengan Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan bak kata pepatah seperti laut dan pantai. Bahkan, dakwahlah yang menjana kekuatan kepada umat Islam. Sunnah inilah yang memberi kekuatan kepada Mus’ab bin Umair untuk ke Madinah mengajak jiwa-jiwa Yathrib tunduk kepada Allah yang satu. Maka dari situ terbinalah sebuah Negara kecil Madinah yang mampu menggerunkan empayar raksasa Rom ketika perang Tabuk. MasyaAllah, indahnya dakwah. Sunnah Rasulullah yang menjadi kekuatan kepada setiap jiwa Islam. Namun, apalah ertinya sebuah sunnah jika pembawakannya kurang tepat. Apalah ertinya dakwah itu sekiranya pembawakannya tidak syumul. Oleh itu, adalah perlu bagi setiap jiwa yang bergerak untuk menyedari akan dimanakah hala tuju dakwah yang sebenar.

Apalah ertinya sebuah aksi,

Jika niatnya tidak menjadikan Allah sebagai tujuan utama.

Tidak dinafikan ramai yang bergerak di dalam medan dakwah ini dengan pelbagai bakat dan keupayaan masing-masing. Ada yang sangat hebat dari segi pertuturan, ada pula yang sangat hebat dari segi penulisan. Sepertinya masing-masing mempunyai bahagian masing-masing yang sangat aplikasi untuk dimanfaatkan ke dalam dakwah ini. Maka, terhasillah figura-figura yang hebat di mata masyarakat. Namun, apalah ertinya menjadi figura yang hebat di mata masyarakat jika tiada nilai disisi Allah. Samalah sepertinya debu-debu yang berterbangan. Tiada hasil langsung untuk dijadikan bekalan di hari akhirat kelak. Dalam ertikata yang lain, kesilapan utama para daie dalam pembawakan dakwah adalah tidak bertujuankan kepada Allah Subhanahu Wataala. Sedangkan, niatlah yang menjadi bateri kepada robot-robot dakwah untuk terus meluncur laju di medan ini. Dengan niat yang ikhlah, lahirlah insan-insan seperti Syed Qutb dan Syeikh Ahmad Yasin yang tidak gentar untuk menerima ajal kerana cintanya kepada tidak lain hanyalah Allah.

Kesilapan yang kedua dalam penerimaan dakwah adalah dakwah yang dilandaskan hanyalah pada bahagian ideologi gerakan semata-mata, tetapi tidak diambil atau kurang ditekankan pada bahagian tarbiyah dzatiyah. Kaedah pembawakan dakwah sangat mantap. Secara amnya, seseorang perlu bergerak mengumpul orang-orang untuk bersatu dibawah satu payung. Namun, apalah ertinya sekiranya jiwa-jiwa ini berkumpul tetapi sekadar berkumpul. Tanpa satu arah tuju yang jelas. Tanpa kenal matlamat. Dan yang paling menyedihkan, apalah ertinya beria-ia mencari mad’u-mad’u jika gagal menyalurkan tarbiyah dzatiyah kepada mad’u. Dari sudut positifnya, mad’u akan lebih rasa bergerak dan bersemangat untuk mencambahkan dakwah mereka. Namun dari sudut positifnya, dakwah itu gagal membentuk hati yang tunduk dak patuh kepada Allah. Yang diwariskan dari satu “batch” ke “batch” yang lain hanyalah kaedah pembawakan dakwah itu semata-mata. Tetapi tidak dari segi tarbiyah dzatiyah. Kemungkinan negatif yang boleh berlaku adalah dari segi mutabaah amal yang akan jatuh merudum. Kesan akhirnya, berlakulah ketidakseimbangan dalam dakwah itu sendiri.

Kesilapan lain dalam pembawakan dakwah adalah da’ie2 bergerak hanya sekadar untuk mengumpul pengikut. Perbuatan ini tidak ubah seperti pembinaan kelab-kelab atau persatuan-persatuan lain yang tidak punya kekuatan. Ya, punya kekuatan jasmani dan fizikal. Tapi tidak dan jauh sekali kekuatan rohani yang mendekatkan diri kepada Allah. Dalam kata lain, badan yang bergerak atas nama dakwah itu tidak ubah seperti kelab-kelab sukan atau badan-badan beruniform yang lain. Sedangkan semua tahu, bahawa hala tuju dakwah dan badan yang bergerak atas nama dakwah itu adalah untuk mengajak jiwa-jiwa yang berikat bersamanya mencintai Allah. Dengan mengharapkan kesan akhirnya seperti mana tertubuhnya sebuah empayar Abbasiyah. Lahirnya jiwa-jiwa seperti Salahuddin Ayubi dan Sultan Sulaiman Al-Qutuz. Namun, jika badan-badan dakwah itu sendiri bergerak hanya di peringkat untuk mengumpul manusia namun tidak membentuk, cita-cita untuk melihat dunia ini disinari Islam hanya tinggal angan-angan.

Sesetengah individu menganggap dakwah itu sebagai hobi semata-mata. Dari satu aspek, perkara ini agak positif kerana jika dibandingkan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil seperti mengumpul setem atau bermain bola sambil mendedahkan aurat, ada baiknya dakwah. Namun, sunnah Rasulullah bukanlah sekadar hobi untuk mengisi masa lapang semata-mata. Ianya adalah satu jalan hidup bagi setiap yang bergelar Islam. Satu kesan negative yang perlu diambil kira sekiranya bergerak di atas landasan dakwah hanya sekadar hobi adalah keberlangsungan untuk tsabat dijalan dakwah. Menjadikan dakwah sebagai satu perkara sampingan hanyalah akan menyebabkan individu itu mudah tewas dan tidak kekal di jalan dakwah. Akhirnya, dakwah yang dibawa tidak kemana.

Banyak lagi salah faham lain yang tidak saya uraikan disini. Cukuplah perkara ini menjadi perhatian kita dan sama-sama kita perbetulkan dari masa ke semasa. Secara kesimpulannya, dakwah itu adalah satu kekuatan dan kekuatan itu datangnya dari hati-hati yang memuja Allah. Maka, agak perlu dakwah itu difahami dengan betul dan syumul, bukan dari satu aspek sahaja bagi memastikan keseimbangan dan keberlangsungan tarbiyah.

Allahu ghoyatuna,

Arrosulu qudwatuna,

AlQur’an dusturuna,

Aljihadu sabiluna,

Al-mautufisabilillah asma amanina.


Sumber