Friday, June 11, 2010

Sampai bila nak jadi burung pipit?

Kita ditampar dengan tamparan realiti yang amat kuat: Israel laknatullah mengotakan sumpahnya akan menghalang bantuan kemanusiaan tiba kepada rakyat palestin jauh lebih awal dari yang dijangka. Nyata Israel adalah kaum yang kuat berpegang pada sumpah. israel tak perlu takut kecaman dunia akibat melanggar undang-undang antarabangsa dan undang-undang moral manusia. Kan dunia ni memang israel yang punya?

umat islam yang ditampar dengan realiti pun bangun dari mimpi-mimpi yang panjang. dalam masa satu malam tiba2 palestin masuk ke facebook-facebook kita. tiba2 palestin masuk ke dalam doa-doa kita. tiba2 palestin masuk ke dalam sembang-sembang kita. syukur alhamdulillah atas kesedaran ini.

tetapi palestin dan mereka2 yang menanti syahid di atas kapal Mavi Marmara tidak perlukan simpati kita, mereka sedang menanti syahid yang akan terus menghantar ke pintu syurga! Mereka sedang menikmati keindahan, jadi simpati untuk apa? Simpati adalah atas perkara2 yang sedih, bukan berita gembira seperti syahid.

Bersimpati lah kepada diri sendiri. Mereka dapat syahid kita dapat apa?

Berhentilah berazam untuk menjadi burung pipit yang mencurah air ke atas api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Kisah burung pipit itu untuk mendorong kita bergerak, tapi takkan selama2nya ingin mencurah air sahaja. kalau semua orang nak jadi burung pipit, siapa yang nak mengganti tempat Nabi Ibrahim yang dibakar api? Burung pipit atas kudratnya yang lemah itu, mencurahkan air itu adalah satu tugasan yang sangat mulia kerana setimpal dengan batasan tenaganya.
tapi kita ini manusia bukan?, dan Nabi Ibrahim yang dibakar dalam api itu manusia seperti kita juga. Jadi berazamlah untuk berjuang seperti Nabi Ibrahim, sampai sanggup dibakar dalam api demi agama ini.Mereka yang di atas kapal itu sedang berusaha mencari ketinggian darjat Nabi Ibrahim insyaAllah, dengan menghantar diri ke dalam api yang marak menyala. Lalu kita yang di luar api inilah burung-burung pipit yang panik melihat api yang sedang marak. tapi kita sudah berbuat apa pun?

sorak-sorai dan hingar-bingar yang kita ciptakan setiap kali sesuatu musibah menimpa ke atas palestin sememangnya perlu, untuk mengingatkan penduduk dunia, bahawasanya kita ini, umat islam, masih ada, masih bernafas, walaupun nafasnya nyawa-nyawa ikan sahaja. hingar-bingar ini akan menyedarkan umat manusia bahawa masih ada satu bilion penduduk islam lagi di atas muka bumi ini yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan palestin.

tapi nanti bila piala dunia bola sepak bermula hingar-bingar ini akan senyap semula. atau bila one in a million musim baru bermula palestin akan hilang semula. saya berani jamin, kalaupun semua yang di atas kapal Mavi Marmara itu syahid, anugerah juara lagu tahun ini akan berlangsung juga. hari ini kita mengutuk israel laknatullah, besok kita beratur untuk beli tiket ke anugerah juara lagu.

dalam usrah saya pernah menyuarakan perkara yang sama, lalu seorang adik memberitahu, “biasalah tu, manusia kan sentiasa berfikiran, yang lepas tu lepas lah, kehidupan harus diteruskan bagi yang masih tinggal’

lalu jawapannya apa?
ingatlah, palestin tak perlukan tangisan kita, walaupun keluar air mata darah sekalipun, mereka lebih jelek melihat tangisan itu yang hanya meraih simpati. Betul, mereka perlukan doa kita, tetapi mereka mahukan doa yang bergerak. Bukan doa yang statik di atas tikar sembahyang. Mereka perlukan perajurit2 yang sanggup meninggalkan kesenangan2 duniawi ini dan bangkit bergerak menyedarkan manusia2 lain, bahawasanya untuk membebaskan palestin hanya boleh dengan menjadi world order, seperti yang sedang disandang oleh israel dan sekutunya amerika. dan utnuk menjadi world order ini kita tidak ada pilihan lain selain bermula dari bawah, iaitu membentuk individu2 muslim.

Maka perbaikilah dirimu, dan serulah orang lain untuk menjadi baik!

Betulkah denagn cara ini kita akan dapat membebaskan palestin? wallahua’lam. Segala keputusan adalah di tangan Allah jua. tetapi disinilah kita boleh menjadi burung pipit, apabila Allah bertanya kelak apa perbuatan kita apabila palestin disembelih israel, moga2 kita boleh menjawab denagn jawapan As-Syahid Imam Hassan AlBanna: “Saya sudah menyeru manusia ke arah kebaikan di waktu pagi, petang dan di waktu cuti saya”

Begitulah yang dimahukan, beralasan seperti burng pipit, tetapi bekerja seperti nabi Ibrahim a.s

Allahua’lam.


Sumber : Percaya dengan Pasti

Tuesday, February 16, 2010

Dakwah bukan untuk orang manja

Orang-orang yang rentan jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikannya dengan berbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak ikut. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu persatu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan. Penyakit wahan telah menyerang mental mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan pahit sebagai risiko dan sunnah dakwah ini. Malah mereka menggugatnya lantaran anggapan mereka bahwa perjuangan dakwah tidaklah harus mengalami kesulitan.


[45]
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
[46]
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): “Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal”.
(At-Taubah 9:45-46)

Kesetiaan merupakan tanda sikap militan kader dakwah. Sikap ini membuat mereka stand by menjalankan tugas yang terpikul di pundaknya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai prajurit terdepan dengan segala akibat yang akan dihadapinya ia senantiasa berada pada posnya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau bila ditempatkan pada bagian belakang maka ia pun akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah. Sebagaimana yang disebutkan Rasulullah SAW. dalam beberapa riwayat tentang tentera yang baik.

‘Dakwah ini tidak dapat dipikul oleh orang yang manja.’


Sumber

Thursday, February 11, 2010

Jangan


Jangan... ... ...

Jangan bercakap ingin menyatukan ummat islam, jika diri masih malas solat berjemaah di masjid. Jangan bercakap ingin membangunkan ummah, jika diri masih liat nak bangun subuh. Jangan bercakap bercakap ingin mengeluarkan ummah dari kegelapan, andai diri masih dibelenggu karat-karat jahiliyyah.


Jangan bercakap bercakap ingin melahirkan generasi al-quran, andai mulut masih berat membacakannya, dan andai masih belum ada al-quran di dada. Jangan bercakap soal dakwah dan tarbiyyah, jika malas mendengar ceramah dan membaca buku-buku tarbiyyah. Jangan mimpi nak bawa usrah, jika masih malas bangun qiamullail. Jangan bersembang soal generasi robbani, jika mutabaah amal tidak dijaga.


Jangan bercakap bercakap ingin mentarbiyyah orang lain, jika usrah sendiri pun masih ponteng lagi. Jangan bercakap bercakap ingin memberikan pencerahan ilmu kepada ummah dan anak buah, andai diri masih lompong dalam program-program tarbiyyah sendiri. Jangan mengharapkan ketaatan mutarobbi, andai kita masih pandang tak pandang murobbi kita.


Jangan mengharapkan melahirkan anak-anak dan mad'u-mad'u yang beriman, seandainya diri sendiri masih jauh daripadaNya.


Jangan mengharapkan anak usrah nak serius bekerja, kalau kita sendiri tidak begitu.

Thursday, February 4, 2010

Salah Faham dalam Pembawakan Dakwah

Dakwah dengan Islam sememangnya tidak dapat dipisahkan bak kata pepatah seperti laut dan pantai. Bahkan, dakwahlah yang menjana kekuatan kepada umat Islam. Sunnah inilah yang memberi kekuatan kepada Mus’ab bin Umair untuk ke Madinah mengajak jiwa-jiwa Yathrib tunduk kepada Allah yang satu. Maka dari situ terbinalah sebuah Negara kecil Madinah yang mampu menggerunkan empayar raksasa Rom ketika perang Tabuk. MasyaAllah, indahnya dakwah. Sunnah Rasulullah yang menjadi kekuatan kepada setiap jiwa Islam. Namun, apalah ertinya sebuah sunnah jika pembawakannya kurang tepat. Apalah ertinya dakwah itu sekiranya pembawakannya tidak syumul. Oleh itu, adalah perlu bagi setiap jiwa yang bergerak untuk menyedari akan dimanakah hala tuju dakwah yang sebenar.

Apalah ertinya sebuah aksi,

Jika niatnya tidak menjadikan Allah sebagai tujuan utama.

Tidak dinafikan ramai yang bergerak di dalam medan dakwah ini dengan pelbagai bakat dan keupayaan masing-masing. Ada yang sangat hebat dari segi pertuturan, ada pula yang sangat hebat dari segi penulisan. Sepertinya masing-masing mempunyai bahagian masing-masing yang sangat aplikasi untuk dimanfaatkan ke dalam dakwah ini. Maka, terhasillah figura-figura yang hebat di mata masyarakat. Namun, apalah ertinya menjadi figura yang hebat di mata masyarakat jika tiada nilai disisi Allah. Samalah sepertinya debu-debu yang berterbangan. Tiada hasil langsung untuk dijadikan bekalan di hari akhirat kelak. Dalam ertikata yang lain, kesilapan utama para daie dalam pembawakan dakwah adalah tidak bertujuankan kepada Allah Subhanahu Wataala. Sedangkan, niatlah yang menjadi bateri kepada robot-robot dakwah untuk terus meluncur laju di medan ini. Dengan niat yang ikhlah, lahirlah insan-insan seperti Syed Qutb dan Syeikh Ahmad Yasin yang tidak gentar untuk menerima ajal kerana cintanya kepada tidak lain hanyalah Allah.

Kesilapan yang kedua dalam penerimaan dakwah adalah dakwah yang dilandaskan hanyalah pada bahagian ideologi gerakan semata-mata, tetapi tidak diambil atau kurang ditekankan pada bahagian tarbiyah dzatiyah. Kaedah pembawakan dakwah sangat mantap. Secara amnya, seseorang perlu bergerak mengumpul orang-orang untuk bersatu dibawah satu payung. Namun, apalah ertinya sekiranya jiwa-jiwa ini berkumpul tetapi sekadar berkumpul. Tanpa satu arah tuju yang jelas. Tanpa kenal matlamat. Dan yang paling menyedihkan, apalah ertinya beria-ia mencari mad’u-mad’u jika gagal menyalurkan tarbiyah dzatiyah kepada mad’u. Dari sudut positifnya, mad’u akan lebih rasa bergerak dan bersemangat untuk mencambahkan dakwah mereka. Namun dari sudut positifnya, dakwah itu gagal membentuk hati yang tunduk dak patuh kepada Allah. Yang diwariskan dari satu “batch” ke “batch” yang lain hanyalah kaedah pembawakan dakwah itu semata-mata. Tetapi tidak dari segi tarbiyah dzatiyah. Kemungkinan negatif yang boleh berlaku adalah dari segi mutabaah amal yang akan jatuh merudum. Kesan akhirnya, berlakulah ketidakseimbangan dalam dakwah itu sendiri.

Kesilapan lain dalam pembawakan dakwah adalah da’ie2 bergerak hanya sekadar untuk mengumpul pengikut. Perbuatan ini tidak ubah seperti pembinaan kelab-kelab atau persatuan-persatuan lain yang tidak punya kekuatan. Ya, punya kekuatan jasmani dan fizikal. Tapi tidak dan jauh sekali kekuatan rohani yang mendekatkan diri kepada Allah. Dalam kata lain, badan yang bergerak atas nama dakwah itu tidak ubah seperti kelab-kelab sukan atau badan-badan beruniform yang lain. Sedangkan semua tahu, bahawa hala tuju dakwah dan badan yang bergerak atas nama dakwah itu adalah untuk mengajak jiwa-jiwa yang berikat bersamanya mencintai Allah. Dengan mengharapkan kesan akhirnya seperti mana tertubuhnya sebuah empayar Abbasiyah. Lahirnya jiwa-jiwa seperti Salahuddin Ayubi dan Sultan Sulaiman Al-Qutuz. Namun, jika badan-badan dakwah itu sendiri bergerak hanya di peringkat untuk mengumpul manusia namun tidak membentuk, cita-cita untuk melihat dunia ini disinari Islam hanya tinggal angan-angan.

Sesetengah individu menganggap dakwah itu sebagai hobi semata-mata. Dari satu aspek, perkara ini agak positif kerana jika dibandingkan dengan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil seperti mengumpul setem atau bermain bola sambil mendedahkan aurat, ada baiknya dakwah. Namun, sunnah Rasulullah bukanlah sekadar hobi untuk mengisi masa lapang semata-mata. Ianya adalah satu jalan hidup bagi setiap yang bergelar Islam. Satu kesan negative yang perlu diambil kira sekiranya bergerak di atas landasan dakwah hanya sekadar hobi adalah keberlangsungan untuk tsabat dijalan dakwah. Menjadikan dakwah sebagai satu perkara sampingan hanyalah akan menyebabkan individu itu mudah tewas dan tidak kekal di jalan dakwah. Akhirnya, dakwah yang dibawa tidak kemana.

Banyak lagi salah faham lain yang tidak saya uraikan disini. Cukuplah perkara ini menjadi perhatian kita dan sama-sama kita perbetulkan dari masa ke semasa. Secara kesimpulannya, dakwah itu adalah satu kekuatan dan kekuatan itu datangnya dari hati-hati yang memuja Allah. Maka, agak perlu dakwah itu difahami dengan betul dan syumul, bukan dari satu aspek sahaja bagi memastikan keseimbangan dan keberlangsungan tarbiyah.

Allahu ghoyatuna,

Arrosulu qudwatuna,

AlQur’an dusturuna,

Aljihadu sabiluna,

Al-mautufisabilillah asma amanina.


Sumber

Thursday, January 28, 2010

Kesempitan Jiwa

Copy Paste : Kesempitan Jiwa

Bismillahirrahmannirrahim..

Tertarik dgn sepotong ayat,kiriman dr ukhti tercinta yg kini sedang jauh dimata. Ayat nya pendek dan simple, tp telah membekas dlm hati Yu_aY pg ini..

~insyaAllah yang masih mampu bertahan dengan ihsan Allah ..~

Sgt terkesan dgn perkataan “ihsan Allah”. Terkesan dan terpukul dgn diri sendiri yg sepertinya sudah lama terlupa dgn hakikat Ihsan dariNya. Terlupa kerana diri sendiri seperti sudah lama tidak mengapply kan ihsan (kasih syg) dlm melalui jalan ini.

“kesibukan” dan “keletihan” . Mesti antum semua dah bosan, dgn 2 perkataan itu, tetapi itulah hakikatnya. daie mana yg x sibuk kn? Cuma, kali ini, Yu_aY sekadar ingin berkongsi ttg kesempitan jiwa apabila menghadapi 2 keadaan itu.

Dalam keadaan normal, « dakwah Kita adalah dakwah kasih sayang » sangat mudah diungkap dan dipply. Tp dalam keadaan tertekan, mampukah kita lakukannya?


Jom refleks pd sikap kita terhadap anak binaan kita. Dalam keadaan kepenatan, masihkah kita mampu menerima alasan tatkala borang Mutabaah amal masih byk yg kosong? Dalam keadaan tertekan, masihkah kita mampu memberi senyuman ikhlas, yg sentiasa menjadi penawar utk mereka meneruskan perjuangan? Dalam kesibukan kita, masihkah ada masa mencari penyelesaian tentang musykilah fardi mereka? Dalam kesempitan jiwa ini, masih mampukah kita menyelami hati budi mereka, dan meletakkan kita ditempat mereka? Atau melayan karenah mereka yg semestinya pelbagai..

Lihat pula pd hubungan kita dgn sahabat seperjuangan. Dalam keadaan penuh tertekan ini, masih adakah masa kita utk bertanya khabar dan memahami mereka? Adakah kita masih mampu bersyura dgn penuh hikmah dan kasih sayang? Adakah masih mampu bersabar, jika gerak kerja tidak selancar spt yg diharapkan? Adakah mampu berlapang dada, dgn sahabat² yg sepertinya masih tidak faham dgn konsep dakwah yg kita perjuangkan? Lantas kita menghukum mereka, hanya kerana kita beranggapan yg sepatutunya mereka sudah faham akan tabiat jn ini?

Sungguh, daie juga manusia biasa yg ada turun naik nya. Bukan nk mencari alasan utk membuat kesilapan, tp itulah hakikat yg cuba Yu_aY sampaikan. Lantas memuhasabah sebelum, semasa dan selepas melakukan suatu perkara adalah sgt² perlu, agar kesilapan yg sama tidak diulang berkali².

Ukhuwwah juga memainkan peranan yg sgt besar. Krn itu, rukun usrah (taaruf, tafahum dantakaful) kita semuanya berkait dgn ukhuwwah. Diawal-awal penglibatan kita, elemen utama ygditerapkan selain aqidah, adalah ukhuwwah. Setelah kita diikat dgn ikatan fikri, datang pula ikatan a’dtifi (perasaan) barulah ikatan tanzimi(persatuan). Kerana tanpa ikatan ukhuwah yg mantap diawal perjalanan, tidak mungkin kita boleh survive dlm arus dakwah yg semakin hari semakin mencabar.

Di saat² kelelahan dan kekeringan jiwa ini, Yu_aY sgt mengesyorkan agar para dai’e keluar ber’outing’ sebentar. Lupakan sementara semua kerja (tp kejap je tau!), dan berukhuwwahlah. Tidak perlu lama, tp cukup utk membasahkan hati dan mengembangkan jiwa. Bekalan utk terus bekerja selepasnya. Kerana dakwah kita memrlukan daie yg luas hatinya.

Akhir kalam, bekerjalah.. kerana rehat kita hanya di sana..

p/s- wahai assaff sekalian (nama baru bg buruj), mari kita terus bekerja keranaNya..doakan kami terus tetap dlm jalan ini..


p/s- rindu akak2 y pernah bersama kami. Alhamdulillah, moga Allah beri kekuatan pada kami.


p/s- maybe nak tukar nama blog ni jadi "As-Saff". He he. Since nama kami dah berubah! :)


Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa".

Thursday, December 31, 2009

anak-anak usrahku..

Syukur kepada Allah swt yang telah mentakdirkan kita untuk terus menyelusuri jalan ini, Jalan yang menjanjikan kenikmatan kekal diakhirat kelak bagi mereka yang terus tsabat.Jalan yang tak pernah sepi dari mehnah dan tribulasi dan jalan yang sukar diduga halangan yang menanti.Namun percayalah adik2ku, ayong ,along, angah, achik,alang,ateh,anje,adik,ucu, Allah sentiasa bersama kita, waktu suka dan duka, waktu tertawa atau gembira.Dialah yang memimpin hati2 kita untuk terus mekar menyirami bumi ini dengan hujan dakwah..Inshaallah,


Adik2ku, esok kita semua bakal melangkah ketahun baru masihi, 15 hari selepas tahun baru islam,marilah bersama kita perkemaskan niat,agar gerak kerja kita tahun hadapan lebih kukuh..inshaallah



Adik2ku, Matlamat terpenting ajaran Islam ialah untuk mencapai keredaan Allah SWT dengan melakukan amalan yang telah diperintahkan oleh Allah semasa hidup di dunia ini. Seseorang tidak akan mencapai keredaan Allah jika ia tidak mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah SWT. Keredaan Allah akan membuatkan seseorang itu mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Tidak akan masuk syurga Allah SWT seseorang itu melainkan dengan limpahan rahmat (keredhaan) dan hidayah (petunjuk) Allah ke atas dirinya

Keredhaan Allah itu bergantung ketaatan manusia kepada perintah Allah SWT. Jika manusia melaksanakan perintah dan ajaran-Nya yang terkandung di dalam kitab suci Al Quran, maka rahmat dan redha Allah itu akan memancar dalam kehidupan seseorang. Ketaatan yang dilaksanakan termasuk dalam segala aspek kehidupan seperti berkeyakinan atau beraqidah yang benar, berakhlak dengan akhlak yang benar, melaksanakan prinsip-prinsip ajaran Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya.

Jika keredhaan Allah menyelimuti kehidupan kita maka barulah kita dapat menikmati kebahagiaan hidup baik di dunia mahupun di akhirat.Inshaallah,sama2 kita doakan agar perjalan kita sentiasa diredhaiNya walau dimana kita berada.Minggu depan akak bakal dipostingkan ke sekolah din9.Entah apa yang telah Allah rencanakan untuk akak.Namun akak yakin itulah yang terbaik.Akak doakan adik2 terus tsabat dan berhamasah bekerja..Takbir Allahukhbar!!


Allah Ghayahtunna.

ummi buruj

Wednesday, December 30, 2009

Cemburu



Para anbiya' (nabi-nabi) merupakan golongan yang sangat istimewa. Mereka adalah segolongan manusia yang terpilih dari bangsa mereka. Dari kumpulan, bangsa atau kelompok mereka, para anbiya' inilah yang paling baik dari segala segi. Merekalah yang paling baik nasabnya, paling kental semangatnya, paling halus akhlaknya, paling cantik tubuh badannya, paling kuat fizikalnya dan paling pintar berbicara lagi pintar berfikir. Mereka ini ma'sum dan telah dijanjikan tempat yang kekal abadi di akhirat sana bersama pengikut-pengikutnya yang taat lagi setia.

Para syuhada' merupakan golongan manusia mati sedang hati mereka menegakkan syahadatul haq islam. Penyaksiannya sempurna dari sudut hati, percakapan dan AMAL. Hingga matinya juga kerana ISLAM. Rasulullah telah menjanjikan syurga tanpa hisab kepada mereka dengan para bidadari yang perawan menunggu mereka di gerbang syurga.

Manusia mana yang tidak cemburu apabila memikirkan betapa istimewa nya manusia-manusia ini di sisi Allah, namun dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

"Di antara para hamba Allah terdapat sekumpulan manusia yang tidak tergolong sebagai para nabi-nabi dan syuhada', tetapi mereka dicemburui oleh para nabi-nabi dan syuhada' kerana kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah pada hari Qiamat"

Lalu (sahabat-sahabat) bertanya: "Ya Rasulullah, ceritakanlah kepada kami, siapakah mereka?"

Jawab baginda: "Mereka ialah orang-orang yang berkasih sayang di antara mereka kerana agama Allah walaupun mereka tidak mempunyai hubungan rahim dan tidak mempunyai harta kekayaan yang membolehkan mereka saling memberi di antara satu sama lain. Demi Allah, wajah-wajah mereka sentiasa berseri-seri dan mereka sentiasa berada dalam nur hidayah Allah. Mereka tidak berasa takut ketika orang ramai mengalami ketakutan dan mereka tidak bersedih ketika orang ramai dilanda kesedihan
."

(Hadith riwayat Abu Daud)
Sumber: Jundullah