Sunday, October 25, 2009

Shift Your Paradigm!

~untuk muslimat sahaja~

Bismillah. Alhamdulillah.dapat juga update.
First sekali nak minta maaf coz tak dapat update selalu blog ni.
Ucu rasa ramai juga ye yang menunggu2 post terbaru di blog buruj.
Adik2 beradik lain! Jom la coret2 kat sini.^_^
Tak tahu nak start share dari mana.
First sekali. Ucu rasa sangat bersyukur pada ALLAH.
Berkat doa semua, usaha semua, berjaya juga kita jalankan program ISK kat ipba ni.Dengan izinNya.

Alhamdulillah. Tak tahu nak gambarkan perasaan sekarang ni.
Rasa bersyukur sangat2, alhamdulillah. Berkat dariNya, berkat usaha semua, akak-akak DZ,
adik-beradik burujku, adik-beradik thoriq, akak2 naqibah, n lain-lain,
berjaya juga kita jalankan program ISK.
Nama program ni kami tukar pada "180- shift your paradigm" untuk nampak lebih 'attractive'.
Tak tahu nak cerita macam mana, ucu just tulis apa yang ucu terlintas yer! ^_^
Meskipun ada kekurangan, tapi dari sudut pandangan mata ucu, program ni, ucu dapat rasa 'feel' dia.
Bukan program oriented, tapi ada la 'ruh' nya. Rasa cam daurah kat luar pulak. N hopefully, program ini dapat sentuh n basahkan hati adik-adik, mad'u kita.
Melalui program nie, baru ucu dapat rasa n faham, macam mana nak kendalikan dakwah y berstrategi, di mana kita ada syura, yang pada ucu, ada banyak benda yang ucu belajar.
Baru terasa banyaknya n besarnya tanggungjawab as a da'ie.

Sebelum program nie start, kita ada buat beberapa syura, untuk bincangkan pendekatan terbaik yang kita nak beri pada adik-adik.
Sebelum apa2 yang kita nak buat, setting niat mesti kena betul kan, n apa matlamat yang kita nak capai kalau kita jalankan program nie.
Hm, kata-kata kak yana pada petang selasa hari tue sangat berbekas di hati ucu.
Setting niat kita, apa yang kita nak capai. Apa yang kita nak melalui program nie.
N waktu ni jugak, masing- masing (adik beradik buruj n thoriq) share pengalaman masa first time dapat ISK.
N part mana yang paling terkesan n berbekas kat hati.

Macam kata adik (pija), dia terkesan bila terdengar part sejarah. Pada dia, yang part sejarah la membuka mata dia untuk sedar, islam dah jatuh. (sorry kalau ada tertambah point ke, tapi ni apa y ucu ingat la. ^_^)

Okay. Cerita pasal program. Hari jumaat, kita buat di common room blok 5. Kak Siti sebagai presenter.
Adik-adik yang datang lebih kurang 50 lebih
(x silap) dari 160++
Basically, hari jumaat ni untuk bina mood adik2 untuk program esok.
Malam tu, kak siti ada ceritakan pengalaman dia masa belajar di UK.
dan kak siti ada cerita sikit pasal mukadimah ISK.
Siapa kita. Muslim or muslim?

Dan untuk esok hari pulak,
lepas habis program malam tu, adik beradik buruj n thoriq bersama akak2 bersyuro,
untuk program hari esok.
Apa yang kita nak capai untuk program esok hari.
Banyak yang ucu belajar.

Bak kata kak kd,
"kita bukan nak bagi pengetahuan ISK, tapi kita nak apa yang adik2 tu dapat dr ISK nie"
*x silap la, lebih kurang camni kata-kata kak kd, sorry kalau silap*

N satu lagi,
kami ada list nama2 mereka,
n teringat kata-kata kak kd,
"dorang nie la y kamu kene kejar"

OH!sangat tersentak~
Baru faham. Ucu dapat rasa, macam ni jugak la akak2 pernah buat pada kami, sebelum kami diberi kefahaman y sebenar..

Dan keesokan harinya, kami terpaksa tukar tempat program dari DK A ke surau.
Dan kedatangan adik2 agak berkurangan.
Tapi takpa.
Mereka2 lah yang dipilih oleh ALLAH.

Pada ucu, seperti nasihat2 yang diberikan.
Program adalah program.
Tapi apa yang penting, apa yang kita nak adik2 tu dapat,
n kita nak bawa mereka supaya dekat dengan alquran.
Supaya nak join usrah. untuk ditarbiyah,
Bukan sekadar mendapat pengetahuan semata-mata.

Sambutlah mereka.
Sesungguhnya, mereka penyambung perjuangan rasulullah.
Ayuh adik beradikku,
kita kuatkan azam! Sama-sama kita teruskan berusaha menegakkan islam disni!
ALLAHUAKBAR!
Moga ikatan ukhuwah antara kita teruskan tersemai atas nama islam.
Uhibukum fillah!

Apa2 pon, banyak y ucu belajar. Tak terluah dengan kata2.
Oh. yeay~. Adik pon buat post pasal SYP. Kita nantikan version dari adik.
(dapat tahu coz boleh detect dari draft post) ^_^

p/s- kalau ucu sempat, nanti ucu update usrah kami minggu nie. Sangat best! (tiap2 usrah memang best pon! alhamdulillah)

No comments: