Bismillah. Assalamualaikum.
Salam mahabah pada semua.
Ucu minta maap sangat2 coz x dapat update blog ni. dah lama bersawang.
Tak pasti atas alasan apa. Minta maaf coz ucu agak focus untuk selalu update blog sendiri instead of blog buruj ni.
Tapi takpe.InsyaAllah, try menyesuaikan diri dengan masa.
Banyak je update terbaru berkenaan dengan usrah buruj kami.
Alhamdulillah, masih meneruskan usrah tiap-tiap minggu. Daurah KAL dan KAF pon ada.
dan banyak juga yang berlaku dalam masa-masa yang dah nak habis sem ni.
Ummi kami, kak syikin pon bakal meninggalkan ipba coz insyaAllah, akan start bekerja dah.
Hm, insyaAllah, semua yang berlaku adalah ketetapan dan takdir Allah,
kita hanya hambaNya, yang mampu berdoa dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik,
khusus untuk meneruskan perjuangan di sini.
and bak kata along,
banyak je benda kita kena fikir. specifically dalam kerja dakwah kita. moga Allah permudahkan.
Ni saje nak kongsi satu hadith yang dikongsi oleh alang sewaktu usrah tadi beberapa jam lepas,
hadith 25 dari matan arbain.Mungkin ni usrah last kami untuk tahun nie, coz cuti pon dah nak bermula start hari jumaat nie.
InsyaAllah.
Jom.Mari kita digest.
Hadith 25:
Dari Abi Zar radiyallahu 'anh jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam berkata kepada Nabi sallallahu 'alayhi wasallam:
Ya Rasulullah! Orang - orang yang mempunyai harta (orang-orang kaya) telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami). Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersadaqah dengan kelebihan harta-harta mereka.
Berkata Rasulullah: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk kamu bersadaqah?
Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah,
dan tiap-tiap takbir itu sedekah,
dan tiap-tiap tahlil itu sedekah,
dan menyuruh dengan ma'ruf itu sedekah,
dan pada kemaluan seorang kamu itu pun sedekah.
Berkata mereka: Ya Rasulullah! Adakah salah seorang kami yang menggunakan syahwatnya dan adalah baginya pahala pada perbuatannya itu?
Berkata Rasul:
Apakah pendapat kamu kalau digunakannya pada benda yang haram, adakah dosa atasnya?
Maka demikian pula apabila ia menggunakan syahwatnya pada yang halal adalah baginya pahala.
Diriwayatkan oleh Muslim.
refleksi:
betapa kita dapat lihat, setiap2 amalan yang kita tu dianggap sedekah.
Sedekah tu bukan terbatas untuk yang berharta/berkemampuan sahaja kan?
Jom kita ramai-ramai pertingkatkan amal.
N ada juga hadith tu highlight on point menyuruh kepada ma'ruf, mencegah kemungkaran.
This is where we can see the role of dai'e is still been higlighted in thsi hadith isn't?
Moga Allah permudahkan kerja-kerja kita.
InsyaAllah..
and jom!
Kita saksi kan video nie.Besh2. kata-katanya sangat menusuk jiwa! ^_^
Tajuk : Kamilah pembela agama Allah.
Moga ALLAH terus beri kekuatan untuk terus kukuh dalam jalan ini.
InsyaALLAH!
Wallahualam.
Jom adik beradik burujku.
Jom la coret2 disini.
salam sayang dari ucu...
No comments:
Post a Comment