Apa khabar adik beradik burujku dan ummi buruj, kak S. (Iskh3..terasa rindu nk ada sitting..=((
Apa khabar iman semua orang?? Harap-harap cuti-cuti ni iman kita tak menurun la yer!
Ucu pon sedang membaiki diri juga cuti-cuti ni.
Kali ini ucu nak share post yang ucu baca kat blog muharikah. Sangat2 terkesan. =(
Salam,
saya akan bermusafir lagi hujung minggu ini. Terkadang saya terfikir, bagaimanakah akak2 yang telah lama dalam dakwah dan tarbiyah mampu untuk menyusun jadual kehidupan mereka menjadi isteri, ibu dan naqibah usrah, dalam masa yang sama, menjadi qiyadah dalam jemaah ini. ( usrah-usrah-meeting-meeting-ajak makan- etc-etc)
Memang menakjubkan mereka yang mampu berbuat sedemikian!
Memang kita mampu memberikan taujih dan usrah bagi ramai orang, tapi kita tak mampu untuk spend time dan DF semua orang.. Sedangkan pada peringkat permulaan ( tamhidi) tarbiyah, DF itulah amat penting dan faktor terikatnya seseorang individu itu pada Islam..
Berliqa bersama adik-adik mu’nisah dan widad sangat banyak mengingatkan aku akan kenangan silamku dahulu.. sangat menyegarkan dan basah. Mungkin mereka tidak tahu, betapa murabbi yang mahu memberi ini diuji hatinya dengan dahsyatnya sekali.
Selalunya begitu sebelum melangkah ke usrah. Tiba-tiba sahaja menjadi malas, tak bermaya dan unprepared! ( Naqibah juga seorang manusia yang sama-sama diuji…)
Pelik sungguh.
Tapi bila dah duduk lutut bertemu lutut, senyuman berbalas senyuman, dan doa-doa malaikat menyimpuhi majlis penuh keberkatan itu, nur dan kebahagaian itu menyinari perasaan hati bagaikan matahari menyinari siang hari.
Memang, membawa liqa tamhidi ini amat menguji keikhlasan hati ini.
Kenapa saya kata begitu?
Jika antum bawa halaqah muayyid ( orang yang dah comited dengan tarbiyah dan dakwah), memang mudah. Kalau kita lupa nak cakap pasl usrah, mereka yang ingatkan. Kalau kita suruh, akan ikut sahaja. Dan tak perlu fikir nak sentuh hati mereka ataupun Df beria sebab mereka dah melekat dengan kita…
Tapi tidak diperingkat permulaan ini..
kerana kita berhadapan dengan satu kemungkinan bahawa, mereka mungkin takkan bersama dalam dakwah dan tarbiyah ini pun… Kerana di tahap mereka, keterikatan tidak diminta. Dan kita tak tahu adakah mereka akan menjadi pelapis dakwah ataupun tidak.
Walaupun di sudut hati kita, kita mahu melahirkan pelapis baru pada dakwah ini, namun membawa mereka dalam liqa, cukup sangat menyedarkan aku bahawa, cukuplah jika usahaku ini sekadar membawa mereka mengenal Pencipta mereka sendiri dan mengenal indahnya islam ini.
Satu kegembiraan yang amat membahagiakan jiwa seorang murabbi bila anak halaqahnya mula membuka pintu hari mereka untuk mengenal Islam, dan membuang jahiliyah yang membeliti hati mereka.
Keazaman mereka untuk berubah sangat mengkagumkan! Kita yang sudah dalam tarbiyah belum tentu sedar akan kesalahan diri kita dan berubah.
Ternyata liqa malam ini sangat menyegarkan nafas dan imanku ini.. Alhamdulilllah.. Kerana keikhlasan mereka mungkin lebih jernih dari sebahagian para duat, dari segi keikhlasan dalam berubah, menanggalkan jahiliyah dan memakai pakaian baru Islam..
Ternyata agama Allah ini adalah cahaya atas cahaya.
Alhamdulillah, benar, membawa halaqah tamhidi banyak memberikan kesedaran pada kita, dan menjadikan kita lebih berdoa dan bertawakal kepada Allah. Kerana kita tak ada kepentingan untuk menambahkan bilangan ahli kita ( walaupun itulah target kita). Niat kita hanyalah semata-mata kerana Allah, dan kita berdoa, agar suatu hari kita dapat mengenalkan mereka akan keindahan tarbiyah dan keluasan hidup dakwah yang membahagiakan.
Dan moga-moga Allah menakdirkan mereka bersama kita, walaaupun tanpa kita merancang pun sedemikian rupa ( walaupun perancangan dalam islam itu penting ya!).
Memang berhadapan dengan mereka, menjadikan kita makin mahu lebih istiqamah dan kuat. Tidak lemah dengan ujian dan godaan syaitan..
Astaghfirllah. Bila cuti-cuti ni kadang-kadang rasa futur dalam berdakwah tu.=((
P/s- Alang, bila kita nak discuss2?? =)
Mode:Ucu rindu semua...T_T
No comments:
Post a Comment